Minggu, 09 Januari 2011

Obat Untuk Kekuatan Ingatan

Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau seseorang tidak memperoleh makanan dalam tempo yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila ia mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cermat, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi.

Begitu juga, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecergasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap perkembangan otak. Makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadwal.

Makanan seimbang ialah sat makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfungsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh golongan iaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan lambat.


MAKANAN UNTUK KESEHATAN BADAN DAN KEPINTARAN AKAL

1)KARBOHIDRAT
Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.

2)PROTEIN
Perlu untuk kesehatan otak keseluruhannya. Berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rusak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, dan lain-lain.

3)LEMAK
Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, margarin, lemak binatang dan tumbuhan.

4)AIR
Merupakan bahan utama semua mahluk hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersihkan dan mengalirkan darah serta zat makan ke seluruh btubuh. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Standartnya seorang harus meminum 8 gelas air perhari untuk membantu proses ADME (Absobsi, Distribusi, motabolisme dan Ekskresi)

5)MINERAL
Untuk aktivitas saraf dimana otak merupakan target utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur - sayuran, limpa, hati, dan makanan laut seperti udang.

6)VITAMIN
Semua vitamin A, B, C, D, E dan K diperlukan.

Vitamin A menguatkan penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melancarkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.

Vitamin B Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesehatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, biji-bijian, telur, hati, buah-buahan segar, beras dan kacang.

Vitamin C Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesehatan mata dan kulit, meningkatkan daya tahan tubuh, dan meningkatkan kensntrasi saat proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

7)SERAT
Melancarkan sistem pencernaan dan pembuangan. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan pikiran dan gangguan perasaan. Semuanya ini menjelaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.


ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN


Menurut penelitain ilmiah terkini, terdapat beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan-bahan tersebut ialah Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika.

Choline ialah sejenis asid amino. Dapat diperoleh dari kacang soya, bunga kubis, kacang pistachios, daging, ikan dan telur. Lesithin diperoleh dari telur, kacang merah, kacang soya dan otak binatang terutama otak ayam. Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, bebek, sayuran hijau, sayur toge, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh(wholemeal). Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya. Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika dapat didapat dari obat-obatan sistem perubatan biokimia.

MAKANAN PENYEBAB LUPA

a. Banyak makan apel yang sudah masam.

b. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau buah jeruk yang sudah masam.

c. Banyak makan bawang besar.

d. Banyak makan makanan yang mengandung rempah dan ketumbar kering.

e. Memakan kepala ikan.

f. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

g. Makan sampai terlalu kenyang.

h. Makan makanan yang telah disentuh oleh tikus.

i. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

j. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan pengawet. Contohnya minuman berkarbonasi dan makanan secat saji (fastfood). Bahan kimia di dalamnya dapat menumpulkan pikiran dan daya ingatan seseorang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Narsizzz..... ^_^

You Love Me